Khamis, 6 Jun 2013

Wajik (Nasi Manis)


WAJIK ATAU NASI MANIS



Bahan -Bahannya

1 kg pulut
3 gelas santan
1/2 kilo gula
300gm gula merah
2 helai daun pandan
sedikit bijan

Caranya

1. Pulut direndam 2 atau 3 jam, selepas itu toskan, didihkan air di atas api  
kemudian kukuskan pulut tadi hingga masak. Keluarkan pulut dari kukusan dan sejukan di dalam bekas.

2. Masukan gula,gula merah, daun pandan dan santan ke dalam periuk kacau sampai mendidih dan biarkan ia pekat, lepas tu masukan pulut tadi kacau rata, bila ia sebati tuangkan ke dalam loyang atau bekas. Sejukan dan hidang.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan