Khamis, 6 Jun 2013

Kerabu Pucuk Ubi Kayu




KERABU PUCUK UBI KAYU



Bahan-Bahan

2 ikat pucuk ubi kayu (dihiris halus, direbs dan diperah airnya)
1 cawan kelapa (diparut)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji limau nipis
3 sudu budu
gula dan garam secukup rasa
1 cawan isi ikan
1 biji cili api (dihiris)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

Caranya

1. Masukan semua bahan ke dalam bekas, isi ikan bawang merah, bawang putih, budu, gula, garam, cili api dan secawan kelapa parut, kacau rata. 

2. Masukan perahan limau nipis dan lada hitam.

3. Akhirnya masukan pucuk ubi kayu, kacau lagi, kalau nak tambah perasa pun boleh. Bila siap gaul semua dan hidangkanlah...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan