NASI DAGANG ALA KELANTAN
BAHAN-BAHAN
1kilo beras nasi dagang
4 cawan santan
5 bji bawang merah ( dihiris)
3 ulas bawang putih ( dihiris)
2 sudu besar halba
2cm halia ( dihiris)
1sudu besar makan garam
2 sudu makan gula
CARANYA
1. Beras nasi dagang dibersih dan direndam dan masukan halba sekali 1 atau 2 jam.
2. Masukan santan didalam periuk, panaskan. Kemudian masukan bawang merah, bawang putih dan halia kacau sampai mendidih. Selepas itu, masukkan garam dan gula kacau sampai masak. Angkat dan sejukan.
3. Beras ditoskan, masukan air dalam bekas pengukus. Sesudah air mendidih kukus beras nasi dagang selama 20 minit lepas itu angkat dan masukkan ke dalam bekas lalu tuangkan santan yang sudah dimasak tadi.
4. Gaulkan nasi dagang bersama santan sampai sebati. Kukus semula sampai masak dan naik wapnya apabila penutup kukusan dibuka. Angkat hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan