KUIH KUIH DONAT
BAHAN-BAHAN
500gm tepung gandum
2 sudu margerin
2 sudu gula pasir
1 sudu besar yis mauripan
1 gelas air
1/2 gelas susu cair
1 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
CARANYA
1. Tepung gandum digaul dengan margerin biar sebati,masukkan telur,garam,gula,dan yis mauripan
2. masukkan juga susu cair, semasa menggaul air hendaklah dimasukkan sedikit-sedikit takut ia terlebih
air pula.Gaul sampai ia menjadi doh dan tak lekat melekat ditangan ,doh tu akan menjadi lembutd
dan di tutup dengan kain basah rehatkan ia selama1jam.
3. Selepas 1 jam ambil doh dan canai kan dan terap dengan acuan donat,lepas tu gorengkan sampai kuning
dan masak.
Angkat dan toskan minyaknya.Bila sejuk golekan diatas gula halus,sedia untuk dimakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan