Rabu, 5 Jun 2013

Pulut Berinti Kelapa


PULUT BERINTI KELAPA

Bahannya

1kg beras pulut 
1/2 biji kelapa (diambil santan)
secubit garam

Bahan intinya

150 gula merah 
1 biji kelapa parut (diambil putihnya sahaja)
2 sudu makan air

Caranya

1. Basuh bersih beras pulut dan kukus sehingga separuh masak.
2. Apabila setengah masak, gaulkan pulut bersama santan, garam dan kukus 
    semula sehingga masak
3. Untuk intinya, masak gula merah bersama sedikit air dan masukkan kelapa 
    parut. Gaul rata sehingga kering.
4. Letakkan pulut di dalam daun pisang dan inti di atasnya.
5. Bungkus kemas dan sedia dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan