NASI TOMATO
BAHAN A
4 cawan beras biasa
4 cawan air
1 cawan susu cair
BAHAN B
1/2 cawan minyak sapi atau mentega (minyak biasa pun boleh)
1 kuntum bunga lawang
1batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 biji bawang merah ( dihiris)
2 biji bawang putih (di hiris)
1/2 labu bawang besar
1 helai duan pandan
1/2 cawan tomato sos
1sudu teh garam
1 sudu besar gula
1cm halia (dihiris)
CARANYA
1. Panaskan minyak sapi atau mentega. Tumiskan bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga, kacau sekejap kemidian masukan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau lagi hingga bau harum dan kekuningan.
2. Masukan sos tomato, daun pandan, susu cair, garam, gula, air dan beras. Kacau rata, tutup tudung periuk dan tunggu sampai masak. Bila masak nasi nya, balik-balikkan nasi supaya serata semua. Angkat hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan