NASI KERABU BIRU
BAHAN-BAHAN
2 mangkuk beras
2 1/2 mangkuk air
1 sudu teh lada hitam (dikisar)
3 biji bawang merah ( dikisar)
1/2 biji kelapa parut( digoreng garing)
1biji bawang putih( dikisar)
1 batang serai
2 ekor ikan sederhana besar( dibakar, direbus pun boleh)
UNTUK TUMISNYA
4 Cawan santan
1/2 keping gula melaka
1 sudu teh garam
2 bij bawang merah( dikisar)
1 sudu teh garam
1sudu besar gula
sedikit air kalau kalau santan pekat sangat
BAHAN UNTUK ULAMNYA
1 biji timun
2 batang kacang panjang
1 ikat duan serai
CARANYA
1. 2 mangkuk beras dibersihkan, dimasak dengan air 2setengah mangkuk .Masukkan 1 batang serai yang
dititik kedalam periuk ,biarkan ia masak.
2. Untuk sambal ikan, bahan yang dikisar iaitu bawang merah,bawang putih,isi ikan dari 1 ekor ikan
gaul bersama kelapa yang digoreng kedalam bekas. Kacau biar rata .masukkan garam,gula,kacau biar sebati
3 Tumisnya pula,santan dimasak hingga mendidih dan ia menjadi pekat.Baru masukkan bawang,gula melaka,gula putih,garam dan kacau sekejap sampai masak.
4. timun,kacang panjang dan daun serai dihiris nipis .Campur semuanya dan gaulkan dah siap ulamnya.
5. Hidangkan semuanya iaitu nasi ,sambal,tumis dan ulam.
SEDIA UNTUK DIMAKAN RASA SANGAT SEDAP DAN ENAK SEKALI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan