Sabtu, 8 Jun 2013

Nasi Beriani

                         
                          
                         NASI BERIANI

BAHAN-BAHAN

4 cawan beras basmathi atau beras siam
1/2 minyak sapi atau mentega
2 sudu rempah beriani (di bancuh dangan air biar pekat)
5 biji bawang merah (dihris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (dihiris)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 cawan susu
4 cawan air
1 sudu teh makan garam
2 sudu makan gula

CARANYA

1.Tumiskan minyak sapi atau mentega. Masukan  bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Kacau rata hingga bau wangi, lepas tu tambahkan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau lagi.

2. Masukan rempah beriani, kacau lagi ya, sampai betul-betul masak barulah masukan susu cair, garam, gula dan air.

3. Akhir sekali masukan beras yang dibasuh bersih, kacau rata. Tutup periuk untuk menpercepatkan masak.

4. Nasi sudah masak apabila keluar wap selepas tudung periuk dibuka. Siap dihidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan