Jumaat, 28 Jun 2013

steak cina

STEAK CINA


BAHAN-BAHAN

1/2 daging batang pinang
1 sudu besar tepung jangung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil serbuk perasa
1sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar
3 biji kentang goreng digoreng memanjang diletakkan sebelah steak
1 kiub stok daging lembu

CARANYA

1. Daging dipotong lebar dan diketuk-ketuk jangan sampai putus .Perap daging dengan kicap pekat,
kicap cair,dan serbuk lada hitam selama sejam.
2.Selepas itu digoreng hingga masak.Tumiskan bawang sampai kuning,Masukkan 1/2 cawan airvdan bila mendidih masukkan kiub daging,serbuk perasa dan bawang besar.Akhir sekali bubuh bancuhan tepung
jagung dan masak hingga pekat
3. Untuk menghidang ,susunkan daging steak ke dalam pinggan,tuang kuah keatasnya dan letakkan kentang goreng disebelah daging.






Acar Buah

          ACAR BUAH


BAHAN-BAHAH

10 biji jeruk belimbing
10 biji buah prun
10 biji buah bidara
10 biji buah limau
1cawan jeruk buah pala
1 cawan kismis
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1/2 cawan cili boh
1/2 cawan ninyak masak
15 belas ulas bawang putih ( dibelah dua)
10 biji bawang merah ( dibelah dbelah dua)
1cm halia
1 sudu besar makan garam

CARANYA

1. Panaskan minyak dan cili boh ,kumudian cuka ,gula ,garam.
2. Masukkan bawang ,halia kacau pelahan-lahan.
3. Akhir masukkan semua buah -buahan yang disediakan dan kacau sekejap angkat dan hidangkan


Selasa, 25 Jun 2013

Acar Pisang gala

                            ACAR PISANG GALA

BAHAN-BAHAN

4biji pisang gala muda
1 labu bawang besar belah 6
2 biji lada merah( dibelah dua)
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu makan serbuk lada
3 biji bawang merah

CARANYA

1. Pisang dibersihkan dan dipotong jangan sampai putus kelarnya.
2. Setelas itu rendankan dengan air garam tunggu sekejap ,ramas dan toskan.
3, Celurkan pisang tu biar sampai masak atau lemut.
4. Bawang ditumbuk dan dicampur dengan serbuk lada
5. masukan cuka ,gula,garam.bila mendidih masukan pisang yang direbus tadi .
Masukkan bawang merah
,lada kacau rata-rata.Biarkan sekejap dan angkat serta hidangkan.


Khamis, 20 Jun 2013

Kerabu Timun Batang



KERABU TIMUN BATANG


BAHAN-BAHAN

3 biji timun ( di sagat atau dihiris nipis)
2 biji cili merah (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 sudu udang kering atau udang  baring ( ditumbuk)
1/2 teh lada hitam ( ditumbuk)
1/2 biji kelapa parut (ambil santannya 1 cawan)
1sudu teh garam
2 sudu besar gula

CARANYA

1. Bawang besar, udang kering, lada hitam, cili merah, kelapa parut, garam dan gula dimasukkan ke dalam bekas.

2. Gaulkan rempah dengan timun yang telah dimayung halus. kemudian masukkan santan dan garam.Siap.

Sup Sayur-Sayuran

                         SUP SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk udang basah ( sederhana besar )
cuci dan toskan
3 ekor sotong (dihiris)
1/2 tin sederhana cendawan butang
1 batang lobak merah dipotong persegi kecil
1 sudu kecil serbuk lada
1kiub pati ikan bilis
1 mangkuk bunga kubis (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2cm halia ( dihiris)
1 pokok duan sup
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu garam
1sudu besar gula
CARANYA

1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sampai kuning.
2. Masukkan sotong dan udang serta dua cawan air.Bila kuahnya mendidih masukkan putik jagung
kuibikan bilis dan garam.serbuk lada,garam
3. Akhirnya masukkan cendawan ,lobak merah kacau ,tambahkan juga gula 1 sudu basar ya
bila semua sebati dan masak angkat dan hidangkan





Popia Goreng


BAHAN-BAHAN                           POPIA GORENG

150 kulit popia
1 mangkuk kecil udang kecil
1 mangkuk kecil taugeh ( buang ekornya)
2 biji bawang besar dihiris)
1 ikat kangkung (dipotong kecil )
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam

CARANYA

1. Panaskan minyak tumiskan bawang besar ,bila bau wangi masukkan udang,kacau lepas tu kacau
2. Masukkan tuugeh,kangkung,serbuk lada ,dan garam kaau sekejap dan angkat dan sejukkan.
3. Ambil sekeping kulit popia isikan sedikit intinya dan gulungkan kemas-kemas.
4. Goreng sampai kuning dan hidangkan dengan cili sos  OK SIAP

Peria Goreng

                            PERIA GORENG

DAHAN-BAHAN

2 biji peria
10 udang hidup yang sederhana besar
3 biji cili merah ( di hiris)
2 biji bawang merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih ( dihris)
1 sudu teh  garam
1 sudu besar gula

CARANYA

1. Buah peria dihiris dan direndam dalam air garam ,lepas tu dibasuh dan toskan.
2. Udang di bersihkan dan di  buang kulitnya.
3. Panaskan minyak tumis bahan yang dihiris hingga naik baunya.
4. Masukkan udang ,garam gula,dan buah peria kacau rata-rata biarkan sekejap ,bila masak angkat.

Tempe Goreng

                            TEMPE  GORENG

BAHAN-BAHAN

5 tempe  ( dipotong lebar)
5 biji cili merah
3 biji bawang merah  ( dikisar)
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh ketumbar ( dikisar)
1 sudu teh jinta manis ( dikisar)
1 sudu teh garam

CARANYA

1. Gaulkan tempe denga bahan kisar ,kemudain perapkan selama 1 jam.
2. Panaskan minyak goreng hingga elok masaknya dan angkat dan hidangkan.


Pajeri Nenas air

                              PAJERI NENAS AIR

BAHAN-BAHAN

1biji nenas (dibuang kulitnya dan dipotong bulat)
1 cawan gula
1 sudu besar cili serbuk
4 biji cengkih
1 batang kayu manis
1sudu garam
1 sudu teh  kunyit
1 sudu serbuk kari ikan
CARANYA

1. Panaskan minyak tumis kayu manis,cengkih,sampai naik baunya.
2 . Masukkan cili serbuk serbuk kari dan  sedikit air  kacau rata-rata,tambahkan serbuk kunyit kacau sekejapm
3. Masukkan buah nenas yang dipotong bulat kacau rata dan akhir masukkan gula dan garam
kacau sebentar dalam angaran nenas masak ,bolehlah diangkat.

Rabu, 19 Jun 2013

Daging Masak Merah

                         


                     DAGING MASAK MERAH



BAHAN-BAHAN

1kg daging  (dipotong nipis-nipis
1 tin kecil kacang peas
1/2 botol tomato sos
3cawan pati  santan
mink untuk menumis
1 sudu besar garam
1sudu setengah gula

5 bijibuah keras  ( dikisar)
2 sudu bijan
10 biji cili merah  ( dikisar)
10 biji bawang merah ( dikisar)
5 bijibawang putih ( dikisar)
2cm halia  ( dikisar)
2cm lengkuas ( dikisar)
1 batang serai ( dikisar)
1 cawan santan cair

CARANYA

1. Panaskan minyak . tumis bahan yanh telah digiling.
1. Bila wangi masukkan daging  kacau rata-rata,kemidian masukkan1 cawan santan cair
3. Bila daging telah empuk masukkan 3 cawan santan .pekat
4. Apabila  agak pekat masukkan tomato sos dan kacang peas serta 1 sudu besar garam  dan 1sudu setengah besar gula .
5. Angkat dan hidangkan






Khamis, 13 Jun 2013

Agar-Agar Buih Berkuah

                           AGAR-AGAR BUIH BERKUAH

15g agar-agar
6 gelas air
7 biji telur ( di ambil putihnya )
3 sudu makan gula
2 sudu teh wanila
sedikit perwana merah

CARAYA

Bahan -bahan nya

3 sudu tepung kastad
1/2 tin susu cair
1/2 tin gula
2.1/2gelas air

CARA MEMBUAH KUAHNYA

Tepung kastad dibancuh dengan air
,kemudian masukan kedalam periuk .jerangkan diatas api .Setelah itu masukkan gula dan susu sambil dikacau pelahan-lahan supaya mendidih supaya diangkat.

CARA MEMBUAT BUIH
Agar-agar dibersihkan  kemudian masaklah dengan 6 gelas air.bila agar-agar hancur masukan 3sudu gula
bersama pewarna merah.
Masukkan juga esen vanila biar ia sejuk seketika,putih telur dipukul hingga ia berbusar,setelah agar -agar tadi sejuk,campurkan kedalan telur sambil dikacau rata dan biarkan sejuk.
Tuangkan kuah  keatas kastad keatasnya masa hendak makan.




Agar-Agar Koko

                             AGAR- AGAR KOKO

BAHAN-BAHAN

15G agar-agar
6 gelas air sejuk
3 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan koko
1 tin susu cair
1gelas gula

CARANYA

1. Agar- agar dimasak dengan 6 gelas air.bila agar-agar sudah hancur masukan gula,susu cair dan dan tepung kastad yang  telah di basuh dengan 1/2 cawan air .kacaukan biar sama bergaul rata .

2. setelah itu angkat agar-agar dan bahagikan dua bahagiankan  satu bahagian agar-agar  campur dengan serbuk koko yang telah dibacuh dengan sedikit air,Sediakan acuan kemudian tuang agar-agar yang satu bahagian tadi setebal 0.6 sm bila telah sejuk sedikit tuang kan bahagian yang telah dicampur koko tadi
sesudah itu sejukan.






Rabu, 12 Jun 2013

Kuih Lompat Tikam

                          KUIH LOMPAT TIKAM     
  

BAHAN-BAHAN

11/2 cawan tepung beras
4 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawansantan
1 sudu teh garam
1 cawan beras pulut (dibasuh dan ditoskan)
sedikit perwarna merah

CARANYA
1. Daun pandan  dikisar dengan dua cawan air dan ditapis
2. 1 cawan tepung dimasak dengan dua cawan air dau.n pandan hingga pekat.
kemudian  tuangkan kedalam mangkuk dan sejukan.
3. 1/2 cawan lagi tepung dimasak dengan santan dan campurkan sedikit garam,Masak hingga pekat biar ia masak sepenuhnya angkat dan masukkan dalam bekas .
4. beras pulut dimasak, dan dimasukkan perwana merah ,dimasak seperti masak nasi biasalah tah perlulah
nak kukus sebab ia sedikit sahaja.

CARA UNTUK MEMBUAH KUAHNYA

1. Campurkan sekeping gula melaka dengan 1 cawan air dimasak hingga mendidih sekejap dan angkat

BILA HENDAK MAKAN MASUKKAN HIRISAN KUIH LOMPAT TIKAN ,SANTAN DAN MANISAN  GULA MELAKA.

Kuih Cara

                                KUIH CARA

BAHAN-BAHAN

300gm tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 biji kelapa
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
1sudu besar marjerin
4 helai daun pandan ( diambil airnya)

CARANYA
1. Ayak tepung gandum,kemudian masukkan kesebuah mangkuk yang sederhana besarnya.
2. Pukul  telur kemudian masukkan  kedalam tepung.Kelapa diambil santannya,kemudian tuangkan perlahan -lahan
kedalam tepung bersama air daun pandan sambil anda menuangnya ,kacau rata-rata jangan biar ia berbiji.
3. Masukkan garam jangan terlalu cair dan terlalu pekat adunannya,
4. Biarkan sederhana sahaja bacuhan ini .Panas acuan buahulu yang kecil,setelah panas sapukan acuan
dengan marjerin,setelah itu masukkan adunan tadi dan taburkan sedikit gula ditengahnya.
5. Bila bahagian tepinya kuning boleh diangkat.Tangkupkan dua ketika hendak dihidangkan ya.

Kuih Apam Balik

                                    KUIH APAM BALIK

BAHAN-BAHAN

600gm tepung gandum
1 biji telur( dipukul)
1 cawan ula pasir
2 cawan kacang tumbuk
1 sudu teh soda bicarbonate
air untuk membacuh

CARANYA

Bancuh tepung dan soda bicarbonate dengan air,air dimasukansedikit-sedikit kerana takut terlebih cair ya, ,biar pekat sedikit.
2.Masukkan telur dan kacau rata-rata hingga sebati.
3. Panaskan acuan pam balik,Masukkan 1/2 cawan bancuhan tepung tadi sambil diratakan
4. Masak hingga kering ,kemudian taburkan gula pasir dan kacabg tanah diatasnya
5. Bila sudah masak ,keluarkan dari acuannya dan dilipat dua sedia dihidangkan

KUIH Apam Pisang Kukus

                       KUIH  APAM PISANG KUKUS

BAHAN-BAHAN

IO biji pisang dilecek
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan
1sudu soda bicarbonate

CARANYA

1. Pisang dikacau dengan gula hingga sebati
2. Masukkan soda bicarbonate serta pati santan ,kacau rata-rata masukkan tepung gandum
3. Bila telah sebati semuanya,tuangkan kedalam loyangdan kukus hingga masak
4. Biarkan sejuk dan hidangkan

Selasa, 11 Jun 2013

Kuih Onde-Onde Buah Melaka

               KUIH  ONDE-ONDE BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN

1/2kg tepung pulut
1 sudu teh garam
2 cawan kelapa parut
2 keping gula melaka (dipotong kecil-kecil)
1cawan air pandan atau lebih air lagi
2 sudu gandun
CARANYA

1. Uli tepung pulut ,gandun bersama air daun pandan dan garam sampai jadi satu doh.
2. Ambil sikit doh tu sebesar ibu jari buat leper dan masukkan satu ketul ditengah -tengah
dan bulatkan macam guli ,buatkan sampai habis'
3.Didihkan air,bila mendidih masukkan bola-bola tepung tu ,apabila timbul angkat dan golekkan
diatas kelapa parut yang telah digaul dengan garam,sampai habis.Sedia dimakan


Kuih Donat

                         KUIH  KUIH DONAT

BAHAN-BAHAN

500gm tepung gandum
2 sudu margerin
2 sudu gula pasir
1 sudu besar yis mauripan
1  gelas air
1/2 gelas susu cair
1 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus

CARANYA

1. Tepung gandum digaul dengan margerin biar sebati,masukkan telur,garam,gula,dan yis mauripan
2. masukkan juga susu cair, semasa menggaul air hendaklah dimasukkan sedikit-sedikit takut ia terlebih
air pula.Gaul sampai ia menjadi doh dan tak lekat melekat ditangan ,doh tu akan menjadi lembutd
dan di tutup dengan kain basah rehatkan ia selama1jam.
3. Selepas 1 jam ambil doh dan canai kan dan terap dengan acuan donat,lepas tu gorengkan sampai kuning
dan masak.
Angkat dan toskan minyaknya.Bila sejuk golekan diatas gula halus,sedia untuk dimakan




Isnin, 10 Jun 2013

Nasi Kerabu Biru

                         NASI KERABU BIRU

BAHAN-BAHAN

2 mangkuk beras
2 1/2 mangkuk air
1 sudu teh lada hitam (dikisar)
3 biji bawang merah ( dikisar)
1/2 biji kelapa parut( digoreng garing)
1biji bawang putih( dikisar)
1 batang serai
2 ekor ikan sederhana besar( dibakar, direbus pun boleh)


UNTUK TUMISNYA

4 Cawan santan
1/2 keping gula melaka
1 sudu teh garam
2 bij bawang merah( dikisar)
1 sudu teh garam
1sudu besar gula
sedikit air kalau kalau santan pekat sangat

BAHAN UNTUK ULAMNYA

1 biji timun
2 batang kacang panjang
1 ikat duan serai

CARANYA

1. 2 mangkuk beras dibersihkan, dimasak dengan air 2setengah mangkuk .Masukkan 1 batang serai yang
dititik kedalam periuk ,biarkan ia masak.
2. Untuk sambal ikan, bahan yang dikisar iaitu bawang merah,bawang putih,isi ikan dari 1 ekor ikan
gaul bersama kelapa yang digoreng kedalam bekas. Kacau biar rata .masukkan  garam,gula,kacau biar sebati
3 Tumisnya pula,santan dimasak hingga mendidih dan ia menjadi  pekat.Baru masukkan bawang,gula melaka,gula putih,garam dan kacau sekejap sampai masak.
4. timun,kacang panjang dan daun serai dihiris nipis .Campur semuanya dan gaulkan dah siap ulamnya.
5. Hidangkan semuanya iaitu nasi ,sambal,tumis dan ulam.

SEDIA UNTUK DIMAKAN RASA SANGAT SEDAP DAN ENAK SEKALI.



Ahad, 9 Jun 2013

Nasi Ayam

                             
 NASI AYAM


BAHAN-BAHAN  (NASI AYAM)

1 mangkuk kecil beras
2 mangkuk air rebusan ayam
2 sudu marjerin
1 biji bawang besar (dihiris)
1cm halia ( dihiris)
1 batang kayu manis
1bunga lawang
2 bunga cengkih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai duan pandan

BAHAN B ( AYAM GORENG)

1 Keping dada ayam
2 sudu besar kicap
1/2 teh gula
1/2cm halia (ditumbuk)

BAHAN HIASAN

Daun salad
1 biji tomato


CARANYA  (NASI AYAM)

1. Panaskan marjerin tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis, kacau hingga naik baunya,masukkan bawang besar dan daun pandan, kacau selepas itu masukkan beras.

2. Masukkan beras yang telah ditumis ke dalam periuk nasi automatik, akhir sekali masukkan air rebusan ayam, biar ia mendidih dan masak.

CARANYA (AYAN GORENG)

1. Ayam digaul dengan kicap, halia dan gula,perapkan sekejap. Kemudian goreng sampai masakdan angkat

2. Hiaskan pinggan dengan salad.


(Nasi ayam dimakan dengan sup dan sambal lada merah.)






Nasi Dagang Ala Kelantan


NASI DAGANG ALA KELANTAN



BAHAN-BAHAN

1kilo beras nasi dagang 
4 cawan santan
5 bji bawang merah  ( dihiris)
3 ulas bawang putih  ( dihiris)
2 sudu besar halba
2cm halia  ( dihiris)
1sudu besar makan garam
2 sudu makan gula

CARANYA

1. Beras nasi dagang dibersih dan direndam dan masukan halba sekali 1 atau 2 jam.

2. Masukan santan didalam periuk, panaskan. Kemudian masukan bawang merah, bawang putih dan halia kacau sampai mendidih. Selepas itu, masukkan garam dan gula kacau sampai masak. Angkat dan sejukan.

3. Beras ditoskan, masukan air dalam bekas pengukus. Sesudah air mendidih kukus beras nasi dagang selama 20 minit lepas itu angkat dan masukkan ke dalam bekas lalu tuangkan santan yang sudah dimasak tadi.

4. Gaulkan nasi dagang bersama santan sampai sebati. Kukus semula sampai masak dan naik wapnya apabila penutup kukusan dibuka. Angkat hidangkan.



Nasi Lemak Biasa



NASI LEMAK BIASA

BAHANNYA

3 cawan beras siam atau beras biasa (di basuh dan ditos)
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 helai daun padan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

CARANYA

1. Masukan santan, gula, garam, daun pandan dan beras yang ditos tadi ke dalam periuk.

2. Bila ia mendidih kacau pelahan-lahan dan tutup periuk dengan penutup, bila buka penutup periuk keluar wap ,itu tanda nasi sudah masak. Angkat dan hidangkan.





Nasi Minyak Silah

                  
                  NASI MINYAK SILAH


BAHAN

BAHAN  A

1kg beras(dibasuh dan ditos)
1/2 cawan minyak
1/2 cawan marjerin
1500ml air
1 sudu besar kunyit
 
Bahan  B

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
2 kuntum bung lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
     
BAHAN C

1 cawan susu cair
1sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 helai daun pandan

CARANYA

1. Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk, tumis bahan B hingga berbau wangi, kacau rata. Masukan susu, garam, gula, serbuk kunyit, daun pandan dan air.

2. Akhir sekali masukkan nasi yang ditos tadi, kacau sekejap biar sebati dan tutup periuk dangan tudung hingga ia masak. Siap dihidangkan.





Sabtu, 8 Jun 2013

Nasi Beriani

                         
                          
                         NASI BERIANI

BAHAN-BAHAN

4 cawan beras basmathi atau beras siam
1/2 minyak sapi atau mentega
2 sudu rempah beriani (di bancuh dangan air biar pekat)
5 biji bawang merah (dihris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (dihiris)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 cawan susu
4 cawan air
1 sudu teh makan garam
2 sudu makan gula

CARANYA

1.Tumiskan minyak sapi atau mentega. Masukan  bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Kacau rata hingga bau wangi, lepas tu tambahkan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau lagi.

2. Masukan rempah beriani, kacau lagi ya, sampai betul-betul masak barulah masukan susu cair, garam, gula dan air.

3. Akhir sekali masukan beras yang dibasuh bersih, kacau rata. Tutup periuk untuk menpercepatkan masak.

4. Nasi sudah masak apabila keluar wap selepas tudung periuk dibuka. Siap dihidang.




Nasi Hujan Panas




NASI HUJAN PANAS


Bahan

500gm beras
125 gm minyak sapi @ setengah cawan majerin
6 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (dihiris)
2 kuntum bunga lawang
2 batang kunyit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
4 kuntum bunga cengkih
500ml susu cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh pewarna hijau
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara memasak

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan sehingga berbau harum.

2. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing.

3. Setelah itu masukkan beras dan kacau rata.

4. Masukkan susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak sehingga nasi kering.

5. Kemudian titiskan pewarna.

6. Sedia untuk dihidang.

Nasi Tomato



NASI TOMATO


BAHAN A

4 cawan beras biasa
4 cawan air
1 cawan susu cair

BAHAN B

1/2 cawan minyak sapi atau mentega  (minyak biasa pun boleh)
1 kuntum bunga lawang
1batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 biji bawang merah  ( dihiris)
2 biji bawang putih  (di hiris)
1/2 labu bawang besar
1 helai duan pandan
1/2 cawan tomato sos
1sudu teh garam
1 sudu besar gula
1cm halia  (dihiris)

CARANYA

1. Panaskan minyak sapi atau mentega. Tumiskan bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga, kacau sekejap kemidian masukan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau lagi hingga bau harum dan kekuningan.

2. Masukan sos tomato, daun pandan, susu cair, garam, gula, air dan beras. Kacau rata, tutup tudung periuk dan tunggu sampai masak. Bila masak nasi nya, balik-balikkan nasi supaya serata semua. Angkat hidangkan.






Jumaat, 7 Jun 2013

Kerabu Betik Muda

                        

KERABU BETIK MUDA


Bahan-bahannya

200 gm betik muda (diparut sederhana besar)
100 gm taugeh
100 gm udang kering (dikisar halus)
3 biji cili merah (dikisar halus)
10 biji cili padi (dikisar halus)
2 biji bawang besar (dikisar halus)
20 gm kerisik
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa

Cara memasaknya

1. Masukkan betik muda yang telah diparut, tagueh dan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan kerisik, gaul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa, gaul lagi. Sedia dihidangkan.

Kerabu Taugeh

                            

KERABU TAUGEH


BAHAN-BAHAN

100gm taugeh (dicelur)
100 kerang (direbus)
1 biji limau nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji lada merah (dihiris)
garam dan gula secukup rasa

CARANYA

1. Masukan taugeh, kerang, bawang basar, lada merah, garam, gula dan perahan limau nipis ke dalam bekas. Gaulkan semuanya biar sebati.

2. Kalau nak masin dan manis tambahlah garam atau gula, bila siap semuanya, boleh dihidangkan.

Kerabu Pucuk Paku


KERABU PUCUK PAKU


Bahannya

2oogm pucuk paku (dicelur)
4 biji bawang merah(dihiris halus)
1 mangkuk kecil kerisik
25gm ikan bilis(digoreng )
2 biji limau nipis

Bahan ditumbuk

5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 bji cili merah
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
serbuk perasa secukup rasa


Caranya

1. Gaulkan pucuk paku dan bawang merah bersama bahan yg tumbuk tadi. Gaul rata .

2. Masukan ikan bilis, kerisik, perahan limau nipis gaul sebati. Hidangkan.

Khamis, 6 Jun 2013

Kerabu Pucuk Ubi Kayu




KERABU PUCUK UBI KAYU



Bahan-Bahan

2 ikat pucuk ubi kayu (dihiris halus, direbs dan diperah airnya)
1 cawan kelapa (diparut)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji limau nipis
3 sudu budu
gula dan garam secukup rasa
1 cawan isi ikan
1 biji cili api (dihiris)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

Caranya

1. Masukan semua bahan ke dalam bekas, isi ikan bawang merah, bawang putih, budu, gula, garam, cili api dan secawan kelapa parut, kacau rata. 

2. Masukan perahan limau nipis dan lada hitam.

3. Akhirnya masukan pucuk ubi kayu, kacau lagi, kalau nak tambah perasa pun boleh. Bila siap gaul semua dan hidangkanlah...





Wajik (Nasi Manis)


WAJIK ATAU NASI MANIS



Bahan -Bahannya

1 kg pulut
3 gelas santan
1/2 kilo gula
300gm gula merah
2 helai daun pandan
sedikit bijan

Caranya

1. Pulut direndam 2 atau 3 jam, selepas itu toskan, didihkan air di atas api  
kemudian kukuskan pulut tadi hingga masak. Keluarkan pulut dari kukusan dan sejukan di dalam bekas.

2. Masukan gula,gula merah, daun pandan dan santan ke dalam periuk kacau sampai mendidih dan biarkan ia pekat, lepas tu masukan pulut tadi kacau rata, bila ia sebati tuangkan ke dalam loyang atau bekas. Sejukan dan hidang.
.

Rabu, 5 Jun 2013

Pulut Berinti Kelapa


PULUT BERINTI KELAPA

Bahannya

1kg beras pulut 
1/2 biji kelapa (diambil santan)
secubit garam

Bahan intinya

150 gula merah 
1 biji kelapa parut (diambil putihnya sahaja)
2 sudu makan air

Caranya

1. Basuh bersih beras pulut dan kukus sehingga separuh masak.
2. Apabila setengah masak, gaulkan pulut bersama santan, garam dan kukus 
    semula sehingga masak
3. Untuk intinya, masak gula merah bersama sedikit air dan masukkan kelapa 
    parut. Gaul rata sehingga kering.
4. Letakkan pulut di dalam daun pisang dan inti di atasnya.
5. Bungkus kemas dan sedia dimakan.



Pulut Kuning


PULUT KUNING

Bahannya

1kg beras pulut
1kg santan kelapa (3 cawan)
30gm serbuk kunyit
20gm garam 
2 helai daun pandan

Caranya

1. Rendam pulut semalaman dengan serbuk kunyit.
2. Toskan air nya dan kemudian kukus sehingga masak.
3. Kemudian gaul pulut dengan santan dan sedikit garam. Teruskan kukus 
    sehingga masak
4. Hiaskan pulut dan hidangkan bersama lauknya.

Kari Ikan Tenggiri



                           KARI IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan

3 keping ikan tenggiri
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
500ml santan
2 sudu rempah kari ikan
1 sudu rempah campur
garam dan gula
sudu air asam jawa
1cm halia

Caranya

1. Bawang merah,bawang putih,halia dikisar.

2. Panaskan minyak, tumis rempah campu sampai naik baunya, masukkan    bahan yg dikisar kacau sekejap dan masukkan kari ikan. 

3. Tunggu sampai pecah minyak, kacau lagi sekejap kemudian masukkan santan, garam, gula dan air asam jawa. Tunggu sampai mendidih sekejap, masukkan ikan perlahankan api tunggu dalam 8 minit. Angkat.

Ayam Bakar Percik






                           AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN
1/2 EKOR AYAM
7 BIJI BAWANG MERAH( DITUMBUK)
3 ULAS BAWANG PUTIH( DITUMBUK)
1 BATANG SERAI(DITITIK)
2 SUDU TEPUNG JAGUNG( DI BANCUH DENGAN AIR SEDIKIT)
1 SUDU PEKAT AIR ASAM JAWA
2 SUDU GULA
SEDIKIT GARAM
1 CM HALIA (DITUMBUK)

CARANYA

1. AYAM DIBELAH DIBERSIHKAN, GAUL AYAM BERSAMA BAHAN YANG DITUMBUK
SEPARUH YA,PERAHKAN SELAMA 1/2 JAM ATAU LEBIH.

2. MASUKAN SANTAN KE DALAM PERIUK SERTA BAHAN YANG SEPARUH LAGI
KACAU RATA.

3. BILA MENDIDIH LETAKKAN GARAM, GULA, SEDIKIT SERBUK PERASA DAN SERAI YANG DITITIK.

4.TUNGGU SAMPAI MENDIDIH DAN ANGKAT. RASA MASAM MASINNYA, KALAU NAK LEBIH BOLEH TAMBAH.

5. AYAM DIBAKAR DAN AMBIK KUAH YANG SUDAH MASAK RENJISKAN KEATAS ISI
AYAM TADI ,
6.BILA MASAK SEMUANYA TUANG KEDALAM BEKAS TUANGKAN LEBIHAN KUAHNYA KEATAS AYAM ,ANGKAT HINDANGKAN


Isnin, 3 Jun 2013

Acar Masak Timun

ACAR MASAK TIMUN


BAHAN-BAHAN

1biji timun( dibuang bijinya dan dan dipotong memanjang 2cm)
1 biji lobak merah( dihiris halus memanjang 2cm)
1 cm halia
1 sudu makan kunyit serbuk
1/2 makan biji sawi
2 ulas bawang putih( dihiris)
2 biji bawang merah(di hiris)
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
3 sudu makan kacang tanah(digoreng dan dikisar sedikit halus)
CARA-CARANYA

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum.bila memdidih masukan bahan lain,gula, garam,biji sawi,serbuk kunyit kacau rata-rata dan angkat sejukan.

Bila bahan yang sejukan tu benar-benar sejuk, masukan dalam mangkuk satukan kacang tanah dan bahan tadi kacau biar sebati boleh dihindangkan.



Sambal Cili Padi

                   SAMBAL CILI API( CILI PADI)


BAHAN-BAHAN
1OOGM CILI PADI
50GM CILI MERAH
5 SUDU CUKA MAKAN
3 SUDU BESAR MAKAN GARAM

1/2 CAWAN GULA
2 BIJI LIMAU NIPIS

CARA-CARA

 CILI PADI ,CILI MERAH,DIKISAR,SETELAH DIKISAR MASUKAN DALAM MANGKUK
MASUKAN GULA,GARAM ,CUKA,PERAH LIMAU NIPIS AMBIL AIRNYA.KACAU RATA
SUDAH SIAP UNTUK DIHIDANGKAN



NASI GORENG BIASA

 BAHAN-BAHAN                        NASI GORENG BIASA

1 MANGKUT NASI
4 BIJI BAWANG MERAH(DIHIRIS)
2 BIJI BAWANG  (DIHIRIS)
1 MANGKUT SAYUR KUBIS
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA
 1 MANGKUT ISI IKAN( DIGORENG)
CARANYA

PANAS M INYAK DALAM KUALI ,TUMIS BAHAN YANG DIHIRIS HINGGA NAIK BAUNYA.
MASUKAN ISI IKAN KACAU RATA BIAR GARING,KEMUDIAN TAMBAHKAN SAYUR,GARAM,GULA DAN SERBUK PERASA KACAU ,MASUKAN NASI KACAU LAGI
KALAU NAK PEDAS BOLEH MASUKAN CILI API YA.BILA MASAK ANGKAT


 

















Ahad, 2 Jun 2013

Nasi Goreng Kampung

                                         NASI GORENG KAMPUNG








BAHAN-BAHAN:

250GM NASI
2 BIJI BAWANG MERAH(DITUMBUK)
1 BIJI BAWANG PUTIH
50GM IKAN BILIS
1 BIJI TELUR AYAM
2 SUDU MAKAN SOS TIRAM
4 BIJI PADI(DIHIRIS HALUS)
20 LOBAK MERAH SAWI(DIHIRIS)
20GM SAWI
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA

CARA-CARANYA:

PANASKAN MINYAK DALAM  KUALI,GORENG IKAN BILIS DAN ANGKAT.
SELEPAS ITU TUMIS BAWANG MERAH ,BAWANG PUTIH DAN CILI PADI HINGGA HARUM BAUNYA. MASUKAN IOBAK MERAH DAN SOS TIRAM, KACAU RATA 

MASUKAN SAWI DAN TELUR, KACAU LAGI,AKHIR SEKALI MASUKAN NASI DAN GARAM
KACAU RATA ,MASUKAN IKAN BILIS YANG DIGORENG TADI KACAU DAN ANGKAT

 

Mee Goreng Biasa



MI GORENG BIASA


Bahan- bahan

1/2 kg mi kuning
100 gm ketul isi ayam(dipotong kecil)
1 biji telur 
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kicap pekat
15 gm lada hitam( ditumbuk sehingga hancur)
3 biji bawang merah(ditumbuk)
2 bii bawang putih(ditumbuk)
1 biji cili padi
25gm sayur sawi
10 gm tauge 
2 sudu besar gula
bahan perasa secukupnya 
7 ekor udang 


Cara memasak

1. panaskan bahan minyak dan tumis bahan tumbuk gingga naik baunya,
masukan cili kisar hingga pecah minyaknya

2. masukan ayam kacau rata ,biarkan ia memdidih dan masak barulah masukan,udang dan telur kacau rata.

3. kemudian masukan lada hitam barsama kicap,gula dan serbuk perasa,masukan sayur sawi dan tauge gaul rata.

4. akhir masukan mi dan gaul rata sampai sebati,biar masak seketika,angkat
dan hidangkan


   


                                                                                                                                                                   

Bihun Goreng Cina


BIHUN GORENG CINA

BAHAN-BAHAN

1bungkus bihun(direndam dalam air supaya lembut)
7 ulas bawang putih(dikisar)
1 ketul  isi ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang sederhana besar dibung kulitnya
4 batang sawi atau lain-lain sayur(dihiris)
1 sudu teh garam 
2 sudu besar gula
1cawan air
serbuk perasa secukup rasa

CARANYA

1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang putih yang dikisar hingga naik baunya,masukan isi ayam dalam kuali kacau sekejap ,kemudiam udang dimasukan, kacau rata .

2. Apabila isi ayam dan udang masak, masukan pula sayur,garam,gula, air, dan serbuk perasa kacau biar sebati.

3. Akhir sekali, masukan bihun yang ditoskan kedalam kuali kacau perlahan-lahan ,agar ia sebati dengan satu sama lain kacau selama 10 minit supaya kering airnya. Sudah masak angkat dihidangkan.





Bihun Masak Merah



BIHUN MASAK MERAH



BAHAN-BAHAN

1bungkus bihun(direndam dalan air hingga lembut)
1 ketul ayam(dipotong kecil-kecil)
6 biji bawang merah(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1 ikat sayur kangkung(sayur lain pun boleh)
15 biji cili kering (direndam dengan air panas dan dikisar
10 ekor udang dibung kulit
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
serbuk perasa

CARANYA

1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan yang dikisar hingga harun 
    baunya,masukan cili yang dikisar kedalam kuali kacau perlahan-lahan 
    selama 3 minit.
2. Masukan ayam yang dipotong kecil tadi, kacau bila ia mendidih tambahkan  
    udang yang dibung kulitnya,kacau lagi.
3. Masukan garam sos tomato, ,gula,serbuk perasa, kacau rata baru masukan 
    sayur yang dipotong iaitu kangkung dan air secawan.
4. Kacau lagi akhirnya masukan bihun yang ditoskan itu ,kacau pelahan-lahan 
    biar rata supaya ia sebati dengan bihun, kacau sampai masak angaran 10 
    minit bila masak angkat dan hindangkan.