Jumaat, 7 Jun 2013

Kerabu Betik Muda

                        

KERABU BETIK MUDA


Bahan-bahannya

200 gm betik muda (diparut sederhana besar)
100 gm taugeh
100 gm udang kering (dikisar halus)
3 biji cili merah (dikisar halus)
10 biji cili padi (dikisar halus)
2 biji bawang besar (dikisar halus)
20 gm kerisik
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa

Cara memasaknya

1. Masukkan betik muda yang telah diparut, tagueh dan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan kerisik, gaul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa, gaul lagi. Sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan