Rabu, 12 Jun 2013

Kuih Cara

                                KUIH CARA

BAHAN-BAHAN

300gm tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 biji kelapa
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
1sudu besar marjerin
4 helai daun pandan ( diambil airnya)

CARANYA
1. Ayak tepung gandum,kemudian masukkan kesebuah mangkuk yang sederhana besarnya.
2. Pukul  telur kemudian masukkan  kedalam tepung.Kelapa diambil santannya,kemudian tuangkan perlahan -lahan
kedalam tepung bersama air daun pandan sambil anda menuangnya ,kacau rata-rata jangan biar ia berbiji.
3. Masukkan garam jangan terlalu cair dan terlalu pekat adunannya,
4. Biarkan sederhana sahaja bacuhan ini .Panas acuan buahulu yang kecil,setelah panas sapukan acuan
dengan marjerin,setelah itu masukkan adunan tadi dan taburkan sedikit gula ditengahnya.
5. Bila bahagian tepinya kuning boleh diangkat.Tangkupkan dua ketika hendak dihidangkan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan