Selasa, 28 Mei 2013

Ayam Goreng Berempah Simple


AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE




Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji bawang merah (dimesin)
  • 2 biji bawang putih (dimesin)
  • 1 batang serai (dimesin)
  • 1cm halia (dimesin)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • sedikit serbuk perasa
Cara-cara....
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dimesin hancur.
  2. Ayam dibersihkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk.Selepas itu bahan yang dimesin tadi digaulkan bersama ayam.
  3. Tambahkan juga 1 sudu teh garam dan  serbuk perasa dan di gaul bersama ayam. Perap selama 1 jam.
  4. Panaskn minyak dan goreng ayam yang diperap sampai kekuningan. Sedia diangkat dan dihidangkan....
          (untuk mengempuk dan melazatkan lagi ayam berempah perap ayam 2 - 3 jam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan