Selasa, 28 Mei 2013

Resipi Kerutub Ayam Pandan


RESIPI KERUTUB AYAM PANDAN 
(resipi popular di pantai timur)


 Bahan-bahan A                                                                                                                      
  • 1/2 ekor ayam
  • 300gm rempah kerutuk ayam
  • 500ml santan (4 cawan santan)
  • 5 sudu makan kerisik
  • 40gm gula melaka
  • 2 btg serai
  • sehelai daun pandan @ 2 helai limau purut
  • 2 biji ubi kentang (dihiris 4)
  • Secawan minyak masak
  • 2 sudu air asam jawa

Bahan-bahan B (untuk menumis)
  • 2 btg kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan C (untuk dikisar) 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan D (untuk dihiris)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2ulas bawang putih 
  • 1 inci halia


Cara memasak...
  1. Panaskan minyak, selepas itu tumis bahan-bahan B. Bila naik baunya, masukkan bahan D dan kacau sekejap.
  2. Masuk bahan C (dikisar) dan kacau sehingga sebati selama 5 minit.
  3. Bancuh serbuk kerutuk dengan sedikit air dan kacau sehingga pekat. Masukkan serbuk kerutuk yang telah dibancuh ke dalam bahan-bahan tadi. Kacau sampai naik minyak (10 minit). Kemudian masukkan 2 sudu air asam .
  4. Selepas itu, masukkan  ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan kacau rata selama 10 minit.
  5. Masukkan gula melaka, 2 batang serai, daun pandan @ daun limau purut ke dalam masakan tadi.
  6. Seterusnya, tuang santan ke dalam masakan berserta garam secukup rasa. Kacau sampai mendidih, kemudian masukkan ubi kentang. Kecilkan api dan kacau lagi sampai kuah menjadi pekat.
  7. Sedia untuk dihidang.....  
         (hidang bersama nasi beriani untuk melazatkan lagi hidangan)

==========================SELAMAT MENJAMU=============================




Tiada ulasan:

Catat Ulasan