Selasa, 28 Mei 2013

Ikan Keli Goreng Berlada




IKAN KELI GORENG BERLADA



Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan keli sederhana besar
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  •  1cm halia
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar asam jawa (ambil perahan air sahaja)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara...
  1. Basuh ikan keli dan digaul bersama garam dan kunyit. Selepas itu digoreng sehingga sederhana garing, angkat dan ditoskan.
  2. Mesinkan bawang merah, barang putih, lada burung(cili api) dan halia.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dimesin tadi dan dikacau sehingga sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan garam dan gula berserta dengan ikan keli yang sederhana garing tadi ke dalam masakan. Kacau rata dan sedia untik dihidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan