Jumaat, 28 Jun 2013

steak cina

STEAK CINA


BAHAN-BAHAN

1/2 daging batang pinang
1 sudu besar tepung jangung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil serbuk perasa
1sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar
3 biji kentang goreng digoreng memanjang diletakkan sebelah steak
1 kiub stok daging lembu

CARANYA

1. Daging dipotong lebar dan diketuk-ketuk jangan sampai putus .Perap daging dengan kicap pekat,
kicap cair,dan serbuk lada hitam selama sejam.
2.Selepas itu digoreng hingga masak.Tumiskan bawang sampai kuning,Masukkan 1/2 cawan airvdan bila mendidih masukkan kiub daging,serbuk perasa dan bawang besar.Akhir sekali bubuh bancuhan tepung
jagung dan masak hingga pekat
3. Untuk menghidang ,susunkan daging steak ke dalam pinggan,tuang kuah keatasnya dan letakkan kentang goreng disebelah daging.






Acar Buah

          ACAR BUAH


BAHAN-BAHAH

10 biji jeruk belimbing
10 biji buah prun
10 biji buah bidara
10 biji buah limau
1cawan jeruk buah pala
1 cawan kismis
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1/2 cawan cili boh
1/2 cawan ninyak masak
15 belas ulas bawang putih ( dibelah dua)
10 biji bawang merah ( dibelah dbelah dua)
1cm halia
1 sudu besar makan garam

CARANYA

1. Panaskan minyak dan cili boh ,kumudian cuka ,gula ,garam.
2. Masukkan bawang ,halia kacau pelahan-lahan.
3. Akhir masukkan semua buah -buahan yang disediakan dan kacau sekejap angkat dan hidangkan


Selasa, 25 Jun 2013

Acar Pisang gala

                            ACAR PISANG GALA

BAHAN-BAHAN

4biji pisang gala muda
1 labu bawang besar belah 6
2 biji lada merah( dibelah dua)
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu makan serbuk lada
3 biji bawang merah

CARANYA

1. Pisang dibersihkan dan dipotong jangan sampai putus kelarnya.
2. Setelas itu rendankan dengan air garam tunggu sekejap ,ramas dan toskan.
3, Celurkan pisang tu biar sampai masak atau lemut.
4. Bawang ditumbuk dan dicampur dengan serbuk lada
5. masukan cuka ,gula,garam.bila mendidih masukan pisang yang direbus tadi .
Masukkan bawang merah
,lada kacau rata-rata.Biarkan sekejap dan angkat serta hidangkan.


Khamis, 20 Jun 2013

Kerabu Timun Batang



KERABU TIMUN BATANG


BAHAN-BAHAN

3 biji timun ( di sagat atau dihiris nipis)
2 biji cili merah (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 sudu udang kering atau udang  baring ( ditumbuk)
1/2 teh lada hitam ( ditumbuk)
1/2 biji kelapa parut (ambil santannya 1 cawan)
1sudu teh garam
2 sudu besar gula

CARANYA

1. Bawang besar, udang kering, lada hitam, cili merah, kelapa parut, garam dan gula dimasukkan ke dalam bekas.

2. Gaulkan rempah dengan timun yang telah dimayung halus. kemudian masukkan santan dan garam.Siap.

Sup Sayur-Sayuran

                         SUP SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk udang basah ( sederhana besar )
cuci dan toskan
3 ekor sotong (dihiris)
1/2 tin sederhana cendawan butang
1 batang lobak merah dipotong persegi kecil
1 sudu kecil serbuk lada
1kiub pati ikan bilis
1 mangkuk bunga kubis (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2cm halia ( dihiris)
1 pokok duan sup
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu garam
1sudu besar gula
CARANYA

1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sampai kuning.
2. Masukkan sotong dan udang serta dua cawan air.Bila kuahnya mendidih masukkan putik jagung
kuibikan bilis dan garam.serbuk lada,garam
3. Akhirnya masukkan cendawan ,lobak merah kacau ,tambahkan juga gula 1 sudu basar ya
bila semua sebati dan masak angkat dan hidangkan





Popia Goreng


BAHAN-BAHAN                           POPIA GORENG

150 kulit popia
1 mangkuk kecil udang kecil
1 mangkuk kecil taugeh ( buang ekornya)
2 biji bawang besar dihiris)
1 ikat kangkung (dipotong kecil )
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam

CARANYA

1. Panaskan minyak tumiskan bawang besar ,bila bau wangi masukkan udang,kacau lepas tu kacau
2. Masukkan tuugeh,kangkung,serbuk lada ,dan garam kaau sekejap dan angkat dan sejukkan.
3. Ambil sekeping kulit popia isikan sedikit intinya dan gulungkan kemas-kemas.
4. Goreng sampai kuning dan hidangkan dengan cili sos  OK SIAP

Peria Goreng

                            PERIA GORENG

DAHAN-BAHAN

2 biji peria
10 udang hidup yang sederhana besar
3 biji cili merah ( di hiris)
2 biji bawang merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih ( dihris)
1 sudu teh  garam
1 sudu besar gula

CARANYA

1. Buah peria dihiris dan direndam dalam air garam ,lepas tu dibasuh dan toskan.
2. Udang di bersihkan dan di  buang kulitnya.
3. Panaskan minyak tumis bahan yang dihiris hingga naik baunya.
4. Masukkan udang ,garam gula,dan buah peria kacau rata-rata biarkan sekejap ,bila masak angkat.