Ahad, 2 Jun 2013

Mee Goreng Biasa



MI GORENG BIASA


Bahan- bahan

1/2 kg mi kuning
100 gm ketul isi ayam(dipotong kecil)
1 biji telur 
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kicap pekat
15 gm lada hitam( ditumbuk sehingga hancur)
3 biji bawang merah(ditumbuk)
2 bii bawang putih(ditumbuk)
1 biji cili padi
25gm sayur sawi
10 gm tauge 
2 sudu besar gula
bahan perasa secukupnya 
7 ekor udang 


Cara memasak

1. panaskan bahan minyak dan tumis bahan tumbuk gingga naik baunya,
masukan cili kisar hingga pecah minyaknya

2. masukan ayam kacau rata ,biarkan ia memdidih dan masak barulah masukan,udang dan telur kacau rata.

3. kemudian masukan lada hitam barsama kicap,gula dan serbuk perasa,masukan sayur sawi dan tauge gaul rata.

4. akhir masukan mi dan gaul rata sampai sebati,biar masak seketika,angkat
dan hidangkan


   


                                                                                                                                                                   

Bihun Goreng Cina


BIHUN GORENG CINA

BAHAN-BAHAN

1bungkus bihun(direndam dalam air supaya lembut)
7 ulas bawang putih(dikisar)
1 ketul  isi ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang sederhana besar dibung kulitnya
4 batang sawi atau lain-lain sayur(dihiris)
1 sudu teh garam 
2 sudu besar gula
1cawan air
serbuk perasa secukup rasa

CARANYA

1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang putih yang dikisar hingga naik baunya,masukan isi ayam dalam kuali kacau sekejap ,kemudiam udang dimasukan, kacau rata .

2. Apabila isi ayam dan udang masak, masukan pula sayur,garam,gula, air, dan serbuk perasa kacau biar sebati.

3. Akhir sekali, masukan bihun yang ditoskan kedalam kuali kacau perlahan-lahan ,agar ia sebati dengan satu sama lain kacau selama 10 minit supaya kering airnya. Sudah masak angkat dihidangkan.





Bihun Masak Merah



BIHUN MASAK MERAH



BAHAN-BAHAN

1bungkus bihun(direndam dalan air hingga lembut)
1 ketul ayam(dipotong kecil-kecil)
6 biji bawang merah(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1 ikat sayur kangkung(sayur lain pun boleh)
15 biji cili kering (direndam dengan air panas dan dikisar
10 ekor udang dibung kulit
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
serbuk perasa

CARANYA

1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan yang dikisar hingga harun 
    baunya,masukan cili yang dikisar kedalam kuali kacau perlahan-lahan 
    selama 3 minit.
2. Masukan ayam yang dipotong kecil tadi, kacau bila ia mendidih tambahkan  
    udang yang dibung kulitnya,kacau lagi.
3. Masukan garam sos tomato, ,gula,serbuk perasa, kacau rata baru masukan 
    sayur yang dipotong iaitu kangkung dan air secawan.
4. Kacau lagi akhirnya masukan bihun yang ditoskan itu ,kacau pelahan-lahan 
    biar rata supaya ia sebati dengan bihun, kacau sampai masak angaran 10 
    minit bila masak angkat dan hindangkan.















Sabtu, 1 Jun 2013

Bihun Goreng Kicap

                                          BIHUN GORENG KICAP

1 Bungkus bihun
7 ulas bawang putih
1sudu teh garam
2 sudu gula
1 mangkut kecil isi ayam(dipotong kecil)
sedikit kicap
minyak (untuk menumis) 
4 sudu sos tomato dan kubis

untuk hiasan:
daun bawang(dihiris halus)ditabur atas bihun 

Caranya

Bihun direndang hingga lembut
bawang putih di tumbuk halus .panas minyak dalam kuali tumiskan bawang putih hingga naik baunya
masukan pula isi ayam kacau sekejap, kemudian sos tomato,kicap,gula,garam kacau rata .

Akhir sekali masukan bihun yang sudah lembut kedalam kuali dan kacau hingga masak angkat
 Tip bihun hendaklah di goreng sampai airnya kering barulah sedap dimakan.





ikan bilis pedas manis berkacang kak za


          INI IALAH SALAH SATU RESEPI YANG POPULAR MENJADI SALAH SATU HIDANGAN KENDURI DI KELANTAN.

                                      




             IKAN BILIS PEDAS MANIS BERKACANG KAK ZA

BAHAN-BAHAN:
500 G ikan bilis
3 sudu serbuk cili(babas) @lain lain
1 cawan kacang tanah(digoreng dengan sedikit minyak)
7 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih(dikisar)
1/2 cawan gula
3 biji cili padi(dikisar)
1/2 cawan air

CARA-CARA:
1.goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan(biarkan sesejuk-sejuknya)
2.kacang tanah digoreng sehingga garing dan ditoskan
3.panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan yang dikisar,kacau sehingga berbau wangi.
4.masukkan gula dan air,kacau sehingga mendidih,biarkan seketika sehingga menjadi pekat sedikit.angkat dan sejukkan.
5.apabila semuanya sejuk,campurkan kacang tanah dan bahan tumis dalam bekas kemudian kacau rata.
sedia untuk dihidangkan.

                                         

Gulai Darat Daging









                            GULAI DARAT DAGING

500gm dipotong kecil
1 inci kunyit(dikisar)
3 sudu makan ketumbar(dikisar)
2sudu jintan manis(dikisar)
10 biji bawang merah(dikisar)
6 tangkai cili kering(dikisar)
3 inci lengkuas(dikisar)
4cm halia(dikisar)
1 biji ambil santannya
4 sudu makam kesisik
2 sudu air asam jawa
3 sudu makan gula melaka
garam secukup rasa

caranya
Gaul daging bersama ketumbar,jintan manis,bawang merah,lengkus,kunyit gaulkan biar mesra
Masukan daging kedalam periuk ,air asam jawa,gula melaka,kerisik,garam gaul lagi masak atas api
sekejap kacau rata tambah kan juga santan yang diperah dari 1 biji kelapa

Rasalan masam,masinnya ya tak cukup rasa tambah la ya, bila mendidih empuk daging angkat ,dihidangkan



Ayam Masak Kari










                          AYAM MASAK KARI  


BAHANNYA
1ekor ayam (dipotong 12)
2 biji bawang besar(dikisar)
5 ulas bawang merah(dikasar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
2cm halia (dikisar)
3 sudu makan rempah ayam
2 batang kayu manis
2 kumtum bunga lawang
5 kumtum bunga cengkih
1 biji kelapa(ambil santannya)
1 sudu asam jawa(ambil perahannya 2 sudu airnya
3biji kentang (dibelah empat)
garam dan gula secukup rasa

caranya

Panaskan minyak dalam kuali tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih,kacau rata sampai harum bau nya
masukan pula bahan yang dikisar kedalam kuali kacau rata,bila agak garing masukan rempah yang digaul
dengan sedikit air ,masukan kedalam kuali juga ,kacau rata-rata biar sebati sampai pecah minyak 

Kamudian masukan ayam yang dipotong serta dibersihkan kedalam kuali kacau rata tambah juga air asam jawa garam ,gula dan kentang ,bila memdidih hingga empuk dagingnya.

Rasalah dulu kuahnya kalau tak masin,manis nya tambahlan ya,angkat hidangkan